Rumah Anak Timbalan Perdana Menteri Dirompak di Country Height, Kajang

Kehilangan Melebihi RM 25,000.00 Kajang, 15 Dis – Rumah anak kepada Timbalan Perdana Menteri dipercayai mengalami kerugian kira-kira RM25,000 setelah rumahnya di Country Height, Kajang dipecah masuk pada awal pagi tadi, lapor TheRakyatPost. Rumah Datuk Nurulhidayah dipercayai dipecah masuk kira-kira jam 10 pagi tadi. Difahamkan, suami kepada Nurulhidayah turut berada di dalam rumah tersebut ketika kejadian. Kejadian disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah. Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Abdul Ghani berkata hasil siasatan mendapati sekurang-kurangnya dua perompak terlibat di dalam kes tersebut. Memetik laporan dari Orientaldaily, Abdul Ghani turut berkata perompak itu melarikan diri dari tempat kejadian tanpa mengganggu isi rumah.   Kejadian disedari…