fbpx

CCTV Wired vs Wireless — Mana Lebih Baik Untuk Rumah Malaysia?

CCTV Wired vs Wireless: Mana Lebih Baik Untuk Rumah Malaysia?

Salah satu soalan paling kerap kami terima ialah — “nak pasang CCTV guna wayar ke wireless je?” Jawapannya bergantung kepada struktur rumah anda, bajet, dan berapa banyak anda nak risau tentang gangguan signal.

Sistem Wired (Berwayar)

Sistem wired menggunakan kabel fizikal (RG59 atau UTP) untuk sambungkan kamera ke unit rakaman.

Kelebihan:

  • Signal stabil, tiada isu interference atau gangguan WiFi
  • Lebih selamat dari segi hacking berbanding sistem wireless yang lemah keselamatannya
  • Sesuai untuk premis besar dengan banyak kamera

Kekurangan:

  • Pemasangan lebih memakan masa (perlu tarik wayar)
  • Kurang sesuai untuk rumah sewa atau bangunan yang tak boleh diubah struktur

 

Sistem Wireless

Sistem wireless menghantar video melalui signal WiFi ke unit rakaman atau terus ke cloud storage.

Kelebihan:

  • Pemasangan lebih cepat, tiada keperluan tarik wayar panjang
  • Sesuai untuk rumah sewa atau kawasan yang sukar nak wiring
  • Boleh alih kamera dengan lebih mudah kalau perlu ubah posisi

Kekurangan:

  • Bergantung kepada kekuatan signal WiFi — kualiti boleh terjejas kalau rumah besar atau banyak dinding tebal
  • Perlukan power point berdekatan (kebanyakan kamera wireless masih perlukan bekalan kuasa fizikal, cuma data yang wireless)
  • Risiko gangguan/interference lebih tinggi berbanding wired

Konteks Malaysia — Apa Perlu Anda Pertimbangkan

Di Malaysia, ramai rumah kediaman ada struktur dinding batu-bata yang agak tebal, jadi signal WiFi kadangkala lemah kalau kamera diletak jauh dari router. Untuk rumah 2 tingkat atau lebih, kami selalu cadangkan campuran — wired untuk kamera utama (pintu depan, garaj) dan wireless untuk kawasan tambahan yang susah nak wiring.

Untuk kedai atau premis perniagaan, wired biasanya pilihan lebih selamat kerana lebih stabil dan kurang risiko gangguan, terutamanya kalau footage tu penting sebagai bukti untuk insurans atau tuntutan.

Kesimpulan Ringkas

  • Rumah sendiri, jangka panjang, banyak kamera → Wired
  • Rumah sewa, pemasangan pantas, bajet terhad → Wireless
  • Premis perniagaan, keperluan bukti visual penting → Wired

Kalau tak pasti struktur rumah anda sesuai yang mana, boleh WhatsApp kami — kami akan datang tengok lokasi sebelum cadangkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *